BERITA DAN RENCANA TERKINI
-
Pragmatic Bent To Pakatan Covention Plans - From Malaysia Kini By Terence Netto The ease with which consensus was achieved on two motifs for the inaugural Pakatan Rakyat convention to be held at the ...21 minutes ago
-
-
BERSOPAN SANTUN Jangan BiaDAP - BIAR KURANG MAKAN, JANGAN BIADAP TELADANI SIKAP TUNKU ABDUL RAHMAN YANG MENGHORMATI SEMUA ORANG, KAWAN DAN LAWAN. TANYA DIRI KITA, APAKAH KITA AKAN MARAH J...1 day ago
-
Ombudsman Dan Whistleblowers - ** *Ruhanie Ahmad * Ombudsman berbeza daripada whistleblowers. Ombudsman institusi pemantau bebas untuk menangani perbuatan salah laku, keputusan tidak saks...1 week ago
-
Bail out the poor, not rich - Parti Sosialis Malaysia (PSM) suggests that a low-interest loan scheme be extended to low-income workers, similar to the one given to civil servants. This ...1 hour ago
-
Swiss in the doghouse - THE Swiss are not known for making global headlines. Like the way they run their banks, they prefer the conservative and low-key approach to handling any ...1 day ago
-
Glassman's scoop - Just to put on record that I saw this picture first at Glassman's blog under the posting biaDAPs. Utusan Malaysia front-paged the news only the next day. ...2 days ago
-
Serving up classics with a twist - By Eu Hooi Khaw DEC 5 — The signature Butter Crabs are still good at Bangsar Seafood Garden Restaurant at One Bangsar. It’s what they have been serving for...3 days ago
-
Senator Zaid Ibrahim Saman Saya - *A Kadir Jasin* [PERINGATAN KHAS -- Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesa...20 hours ago
-
SEMUA ORANG TAHU - HANYA MADEY YANG TAK TAHU - INI MENTERI MELAYU YANG PANGGIL MADEY RASIS - BUKAN APEK CHINA NAZRI PANGGIL MAHATHIR RASIS KERANA PERTAHAN BTN – malaysian insider Nazri Aziz called...10 hours ago
-
Wujudkan Jabatan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah negeri - MELAKA 8 Dis. - Jabatan Penguatkuasaan Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri perlu diwujudkan bagi memantap dan memperkasakan agensi penguatkuasaan...1 hour ago
Tuesday, December 1, 2009
Inilah hakikat sebenar
By
Dr. Mahathir Mohamad
on November 30, 2009 12:07 PM | Permalink | Comments (146) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
Monday, November 16, 2009
Ada apa-apa ka?
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR Jumaat ini.
"Penasihat undang-undang SPR berkata mahkamah akan mendengar permohonan kita untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan terbabit Jumaat ini. innity_country;
"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan," katanya ketika dihubungi petang tadi.
Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata berikutan keputusan mahkamah itu, penyandang kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif, tidak boleh menghadiri sidang DUN yang bermula esok sehingga mahkamah memutuskan rayuan.
Tuesday, November 3, 2009
Bandingkan
PKR menuju kehancuran
utusansabah@utusan.com.my
KOTA KINABALU 3 Nov. – Kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini adalah petanda bahawa parti pembangkang itu sedang menuju kehancuran.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, krisis itu juga membuktikan pembangkang tidak berupaya memerintah dan memperjuangkan nasib rakyat.
‘‘Sebenarnya pembangkang ini indah khabar daripada rupa. Sekarang dalam waktu singkat sahaja mereka telah gagal semua aspek sama ada pentadbiran, perpaduan dan perjuangan.
‘‘Dulu mereka hanya tahu mengkritik. Kata itu salah, ini salah, orang itu tak betul dan semua tidak betul. Hari ini barulah mereka tahu langit tinggi rendah,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Wanita Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.
Sunday, October 18, 2009
Perak beri 800 hektar tanah bantu pelajar miskin India
KUALA LUMPUR 15 Okt — Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tanah itu akan diusahakan oleh Yayasan Perak dengan tanaman kelapa sawit dan hasilnya akan disalurkan kepada tabung itu untuk diagihkan kepada pelajar miskin.
"Saya berharap ini merupakan berita gembira kepada kaum India sempena sambutan Deepavali Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Katanya usaha itu merupakan komitmen kerajaan negeri membantu meringankan beban kewangan semua kaum yang menghadapi masalah melanjutkan pelajaran di negeri itu.
Sebelum ini, menurutnya, sejumlah 2,000 hektar tanah juga dikenalpasti untuk memberi faedah kepada lebih 700 Sekolah Agama Rakyat (SAR) manakala 1,000 hektar lagi untuk faedah sekolah persendirian Cina.
Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri merancang untuk melantik ketua kampung di kalangan penduduk India di kawasan majoriti kaum itu di enam buah kampung.
Katanya kerajaan negeri juga akan memberi penekanan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dalam pembentangan Bajet Negeri 2010 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 28 Okt ini.
Katanya walaupun ada ura-ura pakatan pembangkang mahu berbuat perkara yang sama pada hari tersebut, beliau berpendapat hasrat mereka mustahil untuk dilaksanakan.
"Pembangkang tahu bajet mereka itu tidak boleh dilaksanakan dan mereka cuba bercerita kepada rakyat sambil membandingkan bajet mereka dengan bajet Barisan Nasional (BN),” katanya.
— BERNAMA
Thursday, October 8, 2009
Sunday, September 6, 2009
Hayati peristiwa Nuzul al-Quran - PM
07/09/2009 11:31am
PUTRAJAYA 7 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam menghayati peristiwa Nuzul al-Quran atau penurunan wahyu yang jatuh pada hari ini kerana ia telah membawa perubahan besar dalam kehidupan manusia sejagat.Perdana Menteri berkata, al-Quran yang diturunkan itu membawa prinsip kesejagatan Islam antaranya menekankan prinsip keadilan sosial dan dasar saling menghormati agama-agama lain.
Beliau menegaskan, al-Quran turut melarang umat Islam mencerca agama lain bagi mengelakkan penganut agama tersebut bertindak balas mencerca Islam dengan lebih berat lagi.
``Dalam Surah al-Maidah:8, Tuhan perintahkan kita supaya kita jangan membenci sesuatu kaum yang lain sehingga kita tidak berlaku adil
``Dalam surah itu, Tuhan tidak sebut umat Islam, tetapi kaum, bererti Islam adalah untuk semua dalam erti kata menegakkan keadilan sosial secara sejagat dan ini adalah hubung kait dengan konsep 1Malaysia,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini. - Utusan
ARMAN AMIN: Kata-kata ini khusus untuk penduduk seksyen 23 Shah Alam
Saturday, September 5, 2009
Prof Teo: Hubungan kaum di M'sia hanya retorik
Hubungan antara kaum di Malaysia hanya retorik - hanya nampak baik di luar tetapi di dalam tidak baik, kata Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof Teo Kok Seong.
“Di negara ini, sifat curiga mencurigai antara kaum yang menjadi masalah,” katanya dalam wawancara dalam Mingguan Malaysia hari ini.
“Saya juga melihat keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas memperjuangkan kaum mereka sahaja dan ini akan mengheret soal lain seperti bahasa dan sebagainya,” tegas beliau lagi.
Menurut beliau, sepatutnya ada satu bahasa pengantar sahaja dan bahasa lain boleh dipelajar tanpa ada masalah.
“Namun kepentingan sistem satu bahasa adalah penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum,” tegas Prof Teo.
Katanya, politik yang bersifat perkauman sangat bahaya dalam usaha memupuk perpaduan.
“Sekarang ini kita hanya melihat perpaduan di peringkat luaran dan tidak ada interaksi yang sebenar antara semua kaum.
“Komunikasi antara kaum ini, ada yang hanya bercakap bahasa pasar sahaja, malah ada yang tidak langsung boleh berbahasa Melayu,” tambahnya.
Oleh itu, tegasnya, perlu ada usaha untuk memupuk satu interaksi tulen antara kaum supaya perpaduan yang diperjuangkan selama ini akan berjaya.
Menyentuh mengenai media, Prof Teo berkata semua akhbar vernakular Melayu, Cina dan India bersikap perkauman.
“Ini biasa terutama di negara ini yang penduduknya berbilang kaum. Apabila suratkhabar bersifat perkauman, maka ia akan bersikap membela golongan tertentu dan dari segi berita, banyak berita yang disiarkan pun ke arah golongan tertentu,” katanya.
Prof Teo berkata beliau tidak kisah dicemuh kerana pandangannya itu “kerana beliau mewakili masyarakat Cina yang berfikiran sederhana”.
Ditanya mengenai peranan pemimpin politik dalam memulihkan perpaduan antara kaum, beliau berpandangan mesti ada had dalam politik.
ARMANAMIN : Aku bersetuju dengan pendapat Prof. Teo mengenai perkara ini yang menjadi sebab kuat mengapa agenda 1Malaysia juga hanya satu retorik semata. Bukti kuat untuk mengukuhkan kenyataan ini ialah apabila berlakunya isu pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam. Dalam isu tersebut jelas menunjukan orang Melayu tidak dapat menerima hakikat mereka sebenarnya terpaksa tinggal di sebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa. Sama seperti Amerika Syarikat yang sudah 200 tahun tinggal bersama orang Kulit Hitam namun sehingga kini masih ada lagi duri-duri perkauman dalam hati mereka.
Walaupun aku berbangsa Melayu tetapi dengan kesedaran bahawa UMNO tidak akan dapat memerintah tanpa sokongan daripada kaum Cina dan India. Inilah hakikat terpaksa di terima oleh orang Melayu kerana pada pilihan raya ke 12 menyaksikan undi kedua-dua kaum tersebut telah melemahkan UMNO. Ironinya kerajaan pusat yang ada ketika ini adalah disebabkan oleh kemenangan BN dari Sabah dan Sarawak !
Justeru di mana kuasa orang Melayu?, Majoriti orang Melayu sendiri sudah mempunyai pandangan berbeza mengenai kaum dan ada yang 'marah' dengan UMNO tetapi masih ada segelintir kecil yang masih mempertahankan agenda kaum. Masalah juga berlaku kepada parti komponen Barisan Nasional yang lain. MIC dan MCA berada pada tahap yang paling lemah ketika ini dan Pakatan Rakyat pula sedang meraih keuntungan daripada situasi yang melanda BN.
Berbalik kepada isu kuil sudah tentu kaum lain semakin hari semakin jauh dengan BN kerana pada mereka BN ialah UMNO dan UMNO adalah BN.
Friday, September 4, 2009
Berat sebelah mana ?
Jika kejadian ini membabitkan pihak lain, sudah tentu tindakan diambil sejak awal lagi dan sudah ada orang yang disumbatkan dalam penjara. Mungkin kes ini sudah masuk ke dalam mahkamah dan hukuman diberikan atau dikenakan ISA. Sekarang apa yang berlaku ialah penyelesaian terhadap isu ini diambil dengan cara kekeluargaan dan penuh harmoni. Inilah dia semangat 1Malaysia.
Isu PKFZ
Jika kejadian ini membabitkan pihak lain, sudah pasti pelakunya sudah merengkok dalam penjara sekarang. Walau macam mana pun, proses siasatan perlu dilakukan secara terperinci sehingga mungkin boleh mengambil masa 10 atau 20 tahun dan sudah semestinya tidak apa yang hendak dikecohkan.
Thursday, August 13, 2009
PKFZ - Dimana SPRM ?
Hebat betul kisah mereka ini namun yang peliknya, sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diibarat sebagai 'penonton' sahaja melihat drama yang sedang berlaku. Mengejutkan ! kalau ia membabitkan pihak pembangkang sudah tentu pelbagai tindakan sudah diambil tidak kira tempat dan waktu.
Mungkin kerana kes ini membabitkan wang berbillion ringgit menyebabkan sukar untuk SPRM memulakan siasatan, melainkan kalau kes tersebut membabitkan lembu-lembu korban atau pembelian bendera berharga ribuan ringgit. Ini sangat mudah disiasat, gertak sana sini sudah cukup bukti untuk sabit kesalahan.
Masalahnya kalau membabitkan berbilion ringgit dan berstatus VIP, sangat sukar bagi SPRM kerana angka terlalu besar dan orang yang hendak digertak pula mampu mengertak balik.
Yang menakjubkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengatakan perbalahan Tee Kiat dan King Sing bersifat peribadi dan dengan lemah gemalai memberitahu SPRM boleh menyiasat perkara tersebut dan menentukan sama ada wujud amalan korupsi atau sekadar pinjaman berstatus mikro kredit.
Inilah hebatnya Malaysia oh tanah air ku. korang yang baca kes ni, fikir-fikirlah sendiri, aku ni bukanlah penyokong mana-mana pihak tetapi buatlah perbandingan yang benar dan baik demi masa depan tanah air kita.
Thursday, April 9, 2009
Analisis : Kabinet harapan
Ini adalah petikan yang sangat penting ketika Perdana Menteri Malaysia yang ke enam, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengumumkan barisan Kabinet yang baru.
Dengan penuh kesedaran, beliau benar-benar memahami apa yang sedang dilalui oleh kerajaan ketika ini cukup mencabar.
Masalah dalaman UMNO, parti komponen yang semakin hilang kepercayaan rakyatdan kebangkitan pembangkang sudah cukup untuk Najib berhati-hati dalam setiap keputusan yang diambil.
Paling penting ialah kuasa bukan lagi di tangan kerajaan yang memerintah sebaliknya ada pada tangan rakyat.
Jika dahulu kerajaan sering melaungkan ungkapan berterima kasih kepada kerajaan tetapi kini semuanya berubah, jika kerajaan yang ada sekarang gagal memuaskan hati rakyat, maka bersedialah untuk hilang kuasa ke tangan pihak yang lain.
Sebagai peringatan kepada semua terutama UMNO dan Barisan Nasional, jangan lagi angkuh, kembali menjadi pemimpin yang mempunyai perjuangan yang ikhlas dan suci.
Hapuskan rasuah, hapuskan kronisme, hapuskan nepotisme, beri keadilan pada semua, mungkin PRU 13 kuasa masih ditangan anda. Jika tidak bersedia untuk terima kekalahan setelah 5 dekad berkuasa.
BERIKUT UCAPAN PENUH DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur dan sukacita kerana dapat bersama saudara dan saudari pada petang yang bersejarah ini bagi mengumumkan keputusan pembentukan kabinet baru.
KABINET BARU, KEUTAMAAN BARU
Mutakhir ini, saya telah banyak bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat di pelbagai kedudukan untuk mendengar keluh kesah, pandangan serta kehendak mereka yang mendambakan pembaharuan juga perubahan. Mesej yang jelas, adalah mereka inginkan sebuah kerajaan yang responsif terhadap keperluan rakyat hari ini, dalam masa yang sama bersiapsiaga menumpah khidmat kepada generasi mendatang.
Alhamdulillah, saya berasa gembira kerana telah memilih 28 orang pemimpin bagi membentuk kabinet baru. Mereka telah menyatakan semangat dan kesungguhan untuk berbakti. Justeru, saya yakin kesemua mereka berkongsi iltizam yang padu bagi memacu negara ke arah kecemerlangan. Inilah saf dan pasukan yang kita harapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional, yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelosok….Satu Malaysia.
Selanjutnya, apa yang paling mustahak berkaitan Kabinet baru ini adalah prinsip-prinsip dikongsi bersama yang akan dipamerkan melalui:
I. Nilai integriti dan piawai / standard yang tinggi untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.
II. Bakat dan kebolehan yang sangat diperlukan dalam menempuh saat-saat yang amat mencabar kontemporari ini.
III. Ketaatsetiaan dan kepatuhan kepada parti, kerajaan terutamanya kepada tanah air.
IV. Kebersungguhan dan bersemangat tinggi demi membina sebuah negara yang berdaya saing menempuh abad baru.
Sehubungan yang demikian, kita akan terus berusaha membina sebuah kerajaan untuk semua rakyat. Kerajaan yang akan berbakti untuk memenuhi keperluan rakyat dengan jalan:
I. Memperbaharui ekonomi negara untuk menangani kesan kemelesetan ekonomi global serta mencipta penyelesaian apabila mendepani cabaran perubahan struktur yang akhirnya berupaya menonjolkan potensi sebenar kita.
II. Membangunkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan diperkukuhkan atas dasar kepercayaan serta sikap saling hormat menghormati.
III. Membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan sebenar untuk semua.
IV. Memperkasakan sistem pendidikan nasional.
V. Melibatkan setiap rakyat Malaysia dalam proses politik negara dan melebarkan wacana nasional.
PENDEKATAN BARU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN
Sesungguhnya, Kabinet baru ini bukan sahaja merupakan satu pasukan baru dengan wajah baru, malah ia sebenarnya satu penyusunan semula peranan dan portfolio. Kabinet ini turut menjadi tanda kepada satu pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta berfokus mendahulukan rakyat.
Untuk maksud tersebut, saya akan memulakan usaha ini dengan memperkenalkan satu paradigma yang akan memacu prestasi dan pencapaian. Kita akan menggunakan pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) secara menyeluruh. Petunjuk tersebut akan menekankan impak, bukannya ‘input’; hasil, bukannya ‘output’ dan akan memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi (value for money). Petunjuk tersebut akan mencerminkan keutamaan strategik negara dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang akan dipimpin oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Bagi merealisasikan hal ini, saya mahukan agar para Menteri serta pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam dipertanggungjawabkan terhadap pencapaian masing-masing bersandarkan petunjuk prestasi tersebut. Manakala setiap Timbalan Menteri berjumlah 40 orang semuanya akan diberi ruang tugas yang khusus. Saya akan mengarahkan setiap Menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas mereka serta timbalan masing-masing dalam masa 30 hari dari sekarang. Inilah hasrat besar saya meletakkan matlamat sedemikian supaya kabinet baru ini benar-benar menggalas tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat.
Dengan dibantu oleh Menteri yang berkaitan, saya akan memantau pengurusan petunjuk prestasi agar ia berjalan dengan lancar. Seterusnya untuk makluman semua, saya akan terlibat secara peribadi dan langsung untuk mengkaji prestasi semua Menteri pada setiap 6 bulan. Makanya, bilamana prestasi didapati tidak memenuhi piawai, saya dan Menteri berkenaan serta penjawat awam yang berkaitan akan merungkaikan sebarang halangan yang menyekat prestasi mereka itu. Sememangnya pun inilah pendekatan saya sejak dulu lagi dalam mencapai transformasi melalui kepimpinan yang berasaskan prestasi.
Apa yang paling mustahak ialah saya mahu memastikan agar struktur kerajaan akan memenuhi keperluan rakyat sebaik mungkin. Ia juga sebagai sebuah kerajaan yang diperkemaskini khusus bagi memastikan penyampaian khidmat awam yang lebih berkesan seiring dengan tuntutan zaman baru serba mencabar ini.
Oleh itu, saya telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan kementerian dalam Kabinet baru ini. Dua kementerian telah dibubarkan dan fungsi mereka diserap oleh kementerian lain yang sedia ada.
Sebuah kementerian yang dinamakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah ditubuhkan dengan mandat memajukan konsep pembangunan mapan serta pengamalan teknologi hijau.
Saya juga telah melantik seorang Menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan di Jabatan Perdana Menteri sekaligus turut bertanggungjawab bagi pengurusan prestasi. Portfolio baru ini akan mengamalkan pendekatan yang kreatif ke arah pembentukan perpaduan nasional bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.
Di atas segalanya, pemulihan ekonomi serta pembinaan kemakmuran jangka panjang menjadi keutamaan tertinggi bagi kerajaan baru ini. Oleh itu saya akan menerajui usaha mulia ini demi memperbaharui ekonomi negara dengan bantuan sebuah pasukan yang terbukti berpengalaman untuk bekerja demi Malaysia.
Usaha pembaharuan ekonomi ini akan melibatkan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Ekonomi yang akan melaporkan terus kepada saya. Majlis ini akan memberikan khidmat nasihat pakar yang bersifat bebas dan objektif mengharungi suasana ekonomi yang cukup mencabar dan berusaha membina asas sebuah ekonomi berpaksikan inovasi. Jawatan kepada Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi ini adalah bertaraf Menteri.
Selain itu, bagi memastikan agar aset terpenting negara iaitu modal insan terus dimanfaatkan sebaiknya, Timbalan Perdana Menteri diamanahkan memimpin sebuah pasukan yang akan menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada di negara kita.
Saya amat yakin dan percaya bahawa usaha pembaharuan negara perlu bermula dengan pembaharuan kerajaan; sebuah Jemaah Menteri yang baru, dengan tanggungjawab yang baru serta struktur yang baru.
Pesanan saya kepada Jemaah Menteri yang baru dilantik; beringatlah bahawa rakyat mengharapkan agar kita bekerja tanpa jemu, sentiasa mendengar rintihan mereka dan terus bekerja tanpa henti demi komitmen kita terhadap Satu Malaysia. Begitulah juga bahawa kita telah diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, lantas kita seharusnya menerima penghormatan tersebut dengan penuh rasa rendah diri dan dedikasi.
Kepada para pegawai perkhidmatan awam Malaysia yang cemerlang, nyatanya khidmat saudara/saudari sangat dihargai dan amat penting bagi kemakmuran jangka panjang negara. Kerajaan baru ini akan meletakkan keperluan yang bertuntutan tinggi dan penuh komitmen terhadap jawatan yang disandang. Lantaran kami meminta saudara dan saudari semua bersama kami; melengkapi komitmen kami untuk bekerja dan berganding mencurahkan sepenuh tenaga kepada rakyat.
Kepada rakyat Malaysia, terimalah cabaran saya…terutamanya golongan muda..untuk bersama-sama memadu tenaga ke arah pembaharuan negara.
Kita harus memahami bahawa era kerajaan yang bertindak mengawal secara keterlaluan dan mengamalkan sikap ‘kerajaan lebih mengetahui’ (government knows best) sudah berlalu. Kita akan hanya mampu mencapai cita-cita untuk Malaysia apabila kerajaan serta rakyat bersama-sama bersatu tenaga membina sebuah negara yang aman makmur.
Hakikatnya, kita masih berhadapan dengan banyak halangan. Akan tetapi saya sentiasa percaya bahawa tiada masalah yang wujud di negara ini yang tidak dapat ditangani dengan kehebatan, keupayaan, kemahiran dan bakat yang dimiliki oleh rakyat kita.
Oleh itu, marilah bersama kami. Marilah bersama pasukan bersemangat ini. Bersama kita terokai perjalanan hebat untuk memperbaharui negara tercinta ini hingga menjadi kisah pencapaian yang membanggakan buat kita suatu hari nanti. Insya-Allah.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian terima kasih.
Tuesday, April 7, 2009
Analisis : Dua Bukit Satu Batang
Ada yang mengatakan kemenangan tersebut adalah satu bentuk referendum terhadap kepimpinan baru negara yang kini di ketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun kenyataan tersebut ditolak oleh bakal timbalan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apapun bagi UMNO, semuanya sudah jadi sejarah, kekalahan tersebut sebenarnya sudah dijangka sejak awal lagi, kekalahan ini sebenarnya berpunca daripada masalah dalaman UMNO sendiri bukan disebabkan oleh faktor lain.
Protes dikalangan ahli UMNO menyebabkan parti tersebut sudah kalah di empat pilihanraya kecil, yang mana jarang sekali berlaku dan PRU 13 kini diibaratkan sebagai mimpi ngeri untuk parti tersebut.
Adakah trend yang ada sekarang akan terus muncul di PRU 13 ?
Pandangan peribadi Arman ialah, suara bagi membentuk Malaysia baru, Malaysia yang bersih daripada sebarang amalan salahguna kuasa dan rasuah kini semakin kuat dari hari ke hari, penolakan terhadap politik perkauman semakin hebat, konsep PR semakin diterima.
Ini kerana sebelum ini tiada sebarang pakatan yang benar-benar kukuh, lihat sahaja sebelum kemunculan PR, mustahil untuk rakyat Malaysia menerima DAP semata-mata, sukar juga untuk menerima PAS juga,pilihan yang ada cuma BN yang terdiri daripadaparti komponen seperti UMNO, MIC dan MCA itu sahaja.
Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat, dalam pakatan rakyat bukan sahaja ada DAP, PAS, PSM dan PKR malah dalam PR ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Bidayuh.
Mereka mewakili semua kaum di negara ini, mereka memperjuangkan keadilan untuk semua. Justeru apa lagi harapan untuk UMNO untuk menjuarai hati rakyat Malaysia sehingga kini muncul konsep 1 Malaysia yang boleh diumpamakan seperti konsep Malaysian Malaysia anjuran DAP.
Nampaknya memang benarlah parti politik berasaskan perkauman semakin tidak popular, walau apa pun kita nantikan PRU 13 adakah UMNO berjaya memulihkan kembali imejnya bermula dengan pemilihan kabinet baru yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia hari ini.
Arman Amin
Tee Keat pecat empat anggota CC MCA